Pages

create your own banner at mybannermaker.com!

Jumaat, 12 Februari 2010

Projek mencantikkan kawasan Sekolah

Rabu, 3 Februari 2010 - Guru - guru dan kakitangan Sekolah Rendah Kenua telah mengadakan aktiviti mencantikkan sekolah yang diadakan setiap hari Rabu. Pada hari tersebut guru - guru dan juga para kakitangan sekolah telah bergotong - royong mengadakan aktiviti mengecat dinding sekolah yang telah pudar warnanya dengan warna kuning. Ini adalah bertujuan untuk menceriakan lagi suasana sekolah ini agar semua warga sekolah akan lebih merasa bersemangat setiap kali melangkah masuk ke kawasan sekolah ini, insyaAllah.....

Nampaknya guru - guru mengecat dinding dengan penuh perasaan...

Sentuhan penuh seni cikgu Sukaimi...

Cikgu Lim

Mengecat dengan penuh tumpuan...

Cikgu Muhammad Mardikan

Cikgu Ahmad Humaidi...

Cikgu Ahmad Humadi lagi...

Satu kali lagi daa....

Why..?

but why?

Still why?

I do not understand...why?

Cikgu Hjh Marni (baju kurung biru) dan Racha (baju kurung jingga)

Why...?

Jumaat, 5 Februari 2010

Majlis Perpisahan SR Kenua

Alex, Nasir, & Syllevia - Good Luck~

Jumaat 5hb Februari 2010 - Sekolah Rendah Kenua telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk guru-guru yang telah berpindah dari sekolah ini yang bertempat di Restoran Hj jambul, Temburong. Guru-guru yang di raikan adalah cikgu Po Ally Alexander, cikgu Nasiruddin, dan juga cikgu Syllevia.


Acara tersebut di mulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang di ketuai oleh cikgu Kasyful Baqi dan seterusnya di ikuti dengan ucapan alu-aluan dari Guru Besar cikgu Noraini bte Namit.


Kemudian Guru-guru yang di raikan diberikan peluang untuk memberi ucapan masing-masing. Cikgu Alex yang telah berpindah ke Sekolah Rimba 1 dalam ucapannya merakamkan tentang pengalaman beliau sepanjang mengajar di Sekolah Rendah Kenua adalah sangat menyeronokkan dan juga pengajaran yang berharga dalam kariernya sebagai guru.

Cikgu nasiruddin yang berpindah ke Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi, dan juga cikgu Syllevia yang berpindah ke Sekolah Rendah Selapon, juga masing-masing merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Guru besar, guru-guru, dan juga kakitangan Sekolah Rendah Kenua.


Gambar-gambar pada hari tersebut:







menikmati jamuan yang telah disediakan.



penyampaian hadiah kepada guru-guru yang berpindah.


undian dibuat untuk hadiah.






The Music