Pages

create your own banner at mybannermaker.com!

Jumaat, 5 Februari 2010

Majlis Perpisahan SR Kenua

Alex, Nasir, & Syllevia - Good Luck~

Jumaat 5hb Februari 2010 - Sekolah Rendah Kenua telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk guru-guru yang telah berpindah dari sekolah ini yang bertempat di Restoran Hj jambul, Temburong. Guru-guru yang di raikan adalah cikgu Po Ally Alexander, cikgu Nasiruddin, dan juga cikgu Syllevia.


Acara tersebut di mulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang di ketuai oleh cikgu Kasyful Baqi dan seterusnya di ikuti dengan ucapan alu-aluan dari Guru Besar cikgu Noraini bte Namit.


Kemudian Guru-guru yang di raikan diberikan peluang untuk memberi ucapan masing-masing. Cikgu Alex yang telah berpindah ke Sekolah Rimba 1 dalam ucapannya merakamkan tentang pengalaman beliau sepanjang mengajar di Sekolah Rendah Kenua adalah sangat menyeronokkan dan juga pengajaran yang berharga dalam kariernya sebagai guru.

Cikgu nasiruddin yang berpindah ke Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi, dan juga cikgu Syllevia yang berpindah ke Sekolah Rendah Selapon, juga masing-masing merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Guru besar, guru-guru, dan juga kakitangan Sekolah Rendah Kenua.


Gambar-gambar pada hari tersebut:







menikmati jamuan yang telah disediakan.



penyampaian hadiah kepada guru-guru yang berpindah.


undian dibuat untuk hadiah.






0 ulasan:

Catat Ulasan

The Music